Rakan Surau al-Falah


Pengenalan
Merupakan sebuah organisasi yang bernaung di bawah pentadbiran Pusat Islam, Kolej Aminuddin Baki & Kolej Za'ba. Bergerak sebagai salah satu unit Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah, Rakan Surau berperanan dalam menggerakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang berunsur pendidikan, nasihat, mahupun jasmani dalam konteks yang dibenarkan oleh Islam.

Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan seterusnya mengajak seluruh penghuni kolej untuk mengenal Islam dalam konteks yang sebenar disamping memperkukuhkan lagi sahsiah umat Islam dan menangkis segala salah faham mengenai Islam yang kian menular dalam kalangan suasana masyarakat baik mereka yang beragama Islam mahupun bagi mereka yang tidak beragama Islam.

Berpusatkan Surau al-Falah, organisasi ini bertanggungjawab untuk menjadikan surau sebagai institusi Islam yang aktif bukan sahaja hanya berfungsi sebagai tempat beribadah umat Islam bahkan pusat penyampaian dan penerimaan Ilmu yang produktif.

Visi Rakan Surau
Membina Pendidik Unggul

Misi
1. Membentuk sifat-sifat akhlak peribadi Muslim sebenar.
2. Melatih kepimpinan menerusi pengurusan organisasi secara tersusun,
3. Mendidik mahasiswa yang menerapkan budaya ilmu.
4. Memperkenalkan Islam menerusi program-program yang direncanakan.

Alamat & Talian
Rakan Surau, Surau al-Falah,
Proton City, 35900 Tanjung Malik,
Perak Darul Ridzuan.

alfalahupsi@gmail.com

Organisasi Rakan Surau al-Falah Sesi 2010/2011




Organisasi Rakan Surau bermula Ogos 2010 - Ogos 2011, InsyaAllah.